MUQADDIMAH

بسم الله الرحمن الرحيم
            Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin dan kurnia-Nya, dapatlah saya menyiapkan Modul Inovasi Bahasa Arab ini. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.

            Buku ini diterbitkan adalah untuk membantu semua pelajar Bahasa Arab disemua peringkat. Ia mengandungi dua modul utama. Modul satu: Kaedah Al-Kaff dan Kaedah Denominator ABC adalah untuk membantu pelajar dalam membina ayat yang menepati tatabahasa dan memungkinkan pelajar menilai mana-mana ayat yang telah dibina. Manakala Modul Dua: Memonic (Kaedah P&P Berirama) pula adalah untuk membantu pelajar mengingat dan menghafaz sama ada perkataan, ungkapan ataupun ayat Bahasa Arab.
                       
Dinamakan Kaedah Al-Kaff kerana ia diambil dari perkataan Arab "kaff" yang bermaksud "tapak tangan". Kaedah Al-Kaff ini menggunakan tapak tangan serta ruas jari sebagai alat untuk memudahkan ingatan tentang fakta-fakta Nahu Arab. Dinamakan Kaedah Denominator ABC kerana ia menggunakan pembawah huruf ABC sebagai simbol yang melambangkan sesuatu fakta Nahu Arab. Dinamakan Memonic (Kaedah P&P Berirama) kerana nota peringatan (memo)  disampaikan dalam bentuk irama (harmonic).

Saya berharap agar segala yang baik dapat dimanfaatkan bersama dan segala kekurangan dan kesilapan mendapat teguran dan kritikan yang membina dari  semua pembaca.

Sekian. Terima kasih.


(Ustaz Hj. Abdul Razali Bin Bachok @ Abd Rahman)
Guru Bahasa Arab,
SMK Tun Mamat,
Tangkak, Johor.

No comments:

Post a Comment